Sunday, August 9, 2009

proses kehidupan tersasar sebab ISA


ISA merencatkan kehidupan aku sebenar,keseluruhan kehidupan diri,keluarga dan sanak saudara,penghinaan,dikeji,disumpah saranah,di ketawakan,terus di zalimi oleh mereka yang hampir.
kalau diceritakan mashaallah amat memeritkan, tidak tahu apa yg perlu dibuat,kenapa perlu ditahan sebegitu dashyat ,jangan senang ucap ISA baik,bagus sebab mereka yang mengalaminya sesungguhnya seolah2 sudah mati dan tiada harapan lagi.begitulah rupa ISA,aku teramat sedih pabila ada yang sanggup ucap ISA itu baik untuk negara.begitulah hebatnya kezaliman ISA,
Aku memohon taubat nasuha kepada Allah swt tatkala mengambil kesempatan yang Allah berikan.
kesempatan ini terus menerus membuatku mengabdikan diri setiap masa kepada Allah swt,sebab semasa ditahan tidak ada saat yang mengembirakan didunia ini,hanya pabila hati bersama2 DIA,itulah saat gembirakan yang benar didunia ini,perasaan itu bukan mudah untuk dinikmati sebab bila taubat diterima ,hati berserah sebulatnya kepada DIA ,itulah saat gembira yang dinantikan
firman Allah SWT yang membawa maksud: Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. Ar-Ra`d:ayat 28.
aku yakin bahawa bila dosa diampun ,taubat diterima maka aku & DIA akn sebati dan timbullah satu perasaan tenteram jika dilambakkan harta seluruh dunia ,pasti aku akan menolak-wallahuaklam

Sabda Rasulullah s.a.w kepada Mu’adh bin Jabal ketika baginda mengutusnya ke Yaman yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a:

“Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara Allah pendinding.” (Bukhari).
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah bersabda: “Doa orang yang dizalimi itu adalah mustajab, sekalipun dia adalah seorang yang berbuat maksiat kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri.” (Ahmad).

Friday, August 7, 2009

berteleku dipintu rahmatmu

Orang yang mabuk dibuai oleh ombak kelalaian tidak dapat melihat bahawa pada setiap detik pintu rahmat Allah s.w.t sentiasa terbuka dan Allah s.w.t sentiasa berhadap kepada hamba-hamba-Nya
.- al HIKAM

Rahmat Allah maha diperlukan hamba seperti ku yg terlalu banyak dosa,kerana rahmatnya aku masih bernafas segar,sihat walaupun kadang ia sakit menyelinap keseluruh tubuh organku,Ia mengingatkan ku akan pesan nabi ingat 5 perkara sebelum dtg 5 perkara,beramallah semasa sihat sebelum sakit.Semua pesan nabi pasti akan berlaku dan pulunlah amalan taqwa sebolehnya dengan istiqamah & ketenangan.Ini adalah rahmat Allah swt ,memberi ruang dan petunjuk agar membuat amal soleh,Qiamullail,berzikir secara istiqamah walaupun sedikit tetapi istiqamah.walaupun 2 rakaat tahajud sudah mencukupi untuk mengistiharkan kita cinta kepada Allah swt,sanggup bangun malam demi DIA yg maha Agung,maha berkuasa maha segalaNYA.
Dosa membutakan mata hati, memadamkan cahaya hati,menutup jalan2 ilmu & menghijab hidayah Allah.Ya Allah ampunilah dosa ku ,aku cuba mentertibkan setiap perkara kerana melakukan dosa,adakah ia pada aku,aku menilaikan diri agar ia terhakis dari dalam diri,DIA tuhan semesta alam Allah yang sentiasa mengampunkan dosa selagi nyawa belum sampai di kerongkong ,selagi matahari tidak terbit dari barat dan belum kiamat,masih ada masa untuk memohonkan keampunan nasuha dari NYA.RahmatNYA masih terbuka luas untuk aku,aku wajib terus memohon rahmatnya,aku mesti bersangka baik akan semua yang kebaikan yang dilakukan & akan lakukan sekarang.
"Sangkaan baik datangnya dari iman dan sangkaan buruk datangnya dari keraguan."
"Sangkaan baik dibawa oleh malaikat dan sangkaan buruk dibawa oleh syaitan."
"Hamba yang insaf akan yakin kepada Allah s.w.t dan dia akan bergantung kepada Allah s.w.t dengan baik sangka."
Aku manusia faqir lagi daif terkadang berkata2 akan ujian yg menimpa ,walaupun sakit sedikit namun ia membuatku terbuai jauh dan hampir syaitan mempengaruhi fikiran ku,aku yakin bahawa setiap yang dibenci itu mungkin kebaikan untuk ku ,
Firman Allah swt bermaksud :Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu. ( Ayat 216 : Surah al-Baqarah ).
Ia mengubati jiwaku dan terus menerus berteleku dipintu rahmatMU YaAllah,rahmatilah ku dan mereka yang bersam-sama ku--Amin


Keajaiban matahati


Apa yang dimulai dengan cahaya kebaikan maka akan diakhiri dengan Nur keabaikan dan ketenangan,Setiap saat adalah kesempatan dan tidak ada kesempatan yang lebih baik daripada kesempatan yang memperlihatkan dirinya kepada kita. Kesempatan yang paling baik ialah kesempatan yang kita sedang berada di dalamnya.- Al hikam
Itulah rahsia tercetusnya blog faqir lg tak seberapa ini,aku mungkin tak seteror blog2 yang lain yg terlalu seni &kreatif malah kata2 yang sangat menusuk kalbu lagi menginsafkan,namun keikhlasan akan menghasilkan satu dimensi baru dalam penghidupanku,aku terlalu memikirkan diri yang terlalu kerdil lagi banyak dosa ,Ya Allah ku terjemahkan penulisan sebagai saksi di akhirat kelak dan juga sebagai salah satu usahaku untuk menterjemahkan taubatku kepadamu.Moga2 ada juga insan yang ditaqdirkan MU Ya Allah membacanya dan terus tersungkur dihadapanmu memohon taubat nasuha dan tergolong dalam golongan para soleh & solehah dan seterusnya mendapat syurgamu yang diidam-idamkan setiap manusia-Amin
namun jka ada tanpa disedari tersilap ,wahai pembaca perbetulkanku ,agar aku terus menjadi hamba Allah yang diredhaiNYA

aku & DIA