Friday, August 7, 2009

berteleku dipintu rahmatmu

Orang yang mabuk dibuai oleh ombak kelalaian tidak dapat melihat bahawa pada setiap detik pintu rahmat Allah s.w.t sentiasa terbuka dan Allah s.w.t sentiasa berhadap kepada hamba-hamba-Nya
.- al HIKAM

Rahmat Allah maha diperlukan hamba seperti ku yg terlalu banyak dosa,kerana rahmatnya aku masih bernafas segar,sihat walaupun kadang ia sakit menyelinap keseluruh tubuh organku,Ia mengingatkan ku akan pesan nabi ingat 5 perkara sebelum dtg 5 perkara,beramallah semasa sihat sebelum sakit.Semua pesan nabi pasti akan berlaku dan pulunlah amalan taqwa sebolehnya dengan istiqamah & ketenangan.Ini adalah rahmat Allah swt ,memberi ruang dan petunjuk agar membuat amal soleh,Qiamullail,berzikir secara istiqamah walaupun sedikit tetapi istiqamah.walaupun 2 rakaat tahajud sudah mencukupi untuk mengistiharkan kita cinta kepada Allah swt,sanggup bangun malam demi DIA yg maha Agung,maha berkuasa maha segalaNYA.
Dosa membutakan mata hati, memadamkan cahaya hati,menutup jalan2 ilmu & menghijab hidayah Allah.Ya Allah ampunilah dosa ku ,aku cuba mentertibkan setiap perkara kerana melakukan dosa,adakah ia pada aku,aku menilaikan diri agar ia terhakis dari dalam diri,DIA tuhan semesta alam Allah yang sentiasa mengampunkan dosa selagi nyawa belum sampai di kerongkong ,selagi matahari tidak terbit dari barat dan belum kiamat,masih ada masa untuk memohonkan keampunan nasuha dari NYA.RahmatNYA masih terbuka luas untuk aku,aku wajib terus memohon rahmatnya,aku mesti bersangka baik akan semua yang kebaikan yang dilakukan & akan lakukan sekarang.
"Sangkaan baik datangnya dari iman dan sangkaan buruk datangnya dari keraguan."
"Sangkaan baik dibawa oleh malaikat dan sangkaan buruk dibawa oleh syaitan."
"Hamba yang insaf akan yakin kepada Allah s.w.t dan dia akan bergantung kepada Allah s.w.t dengan baik sangka."
Aku manusia faqir lagi daif terkadang berkata2 akan ujian yg menimpa ,walaupun sakit sedikit namun ia membuatku terbuai jauh dan hampir syaitan mempengaruhi fikiran ku,aku yakin bahawa setiap yang dibenci itu mungkin kebaikan untuk ku ,
Firman Allah swt bermaksud :Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu. ( Ayat 216 : Surah al-Baqarah ).
Ia mengubati jiwaku dan terus menerus berteleku dipintu rahmatMU YaAllah,rahmatilah ku dan mereka yang bersam-sama ku--Amin


No comments:

Post a Comment